Catatan 1
Hai assalamualaikum semua, permulaan hari ini tidak begitu
baik bagi aku sebab aku lagi sekali terbangun lewat. Mungkin disebabkan aku
tidur agak lambat pada malam sebelumnya. Bercakap tentang malam sebelumnya itu,
aku sedang bersiap-siap hendak tidur. Ketika aku sudah dalam posisi berbaring
di atas katil, dengan tiba-tiba rakan aku iaitu Iqmal dan MIzwar membuka pintu
bilik aku dan memaklumkan bahawa seorang kawan kami terjatuh motor ketika
melalui kawasan Taman Paku Pakis. Oh, mereka memaklumkan kepada aku sebab aku
adalah seorang ahli BSMM. Kawan aku yang terjatuh motor itu mengalami banyak
juga luka-luka di badan. Namun, disebabkan melihat keadaan dia yang agak teruk,
aku meminta tolong ahli BSMM senior untuk membuka bilik rawatan dan merawatnya.
Alhamdulillah, dia dirawat dengan baik. Dalam pukul 3 pagi baru mata aku
terlelap.
Catatan 2
Aku bersyukur juga walaupun bangun agak lewat, aku masih
sempat menghadiri kelas Aplikasi Komputer kerana hari ini iaitu pada pukul 11
pagi tadi, aku perlu menjawab satu ujian makmal atau pun kebiasaanya dipanggil
lab test. Namun, aku agak huru-hara sedikit ketika menjawab soalan-soalan lab
test tersebut kerana aku mengalami kesilapan dalam memasukkan data-data diberikan.
Bayangkan, dalam masa seja, aku masih terkial-kial meyiapkan soalan pertama.
Hahaha. Aku sejujurnya agak kelam kabut sedikit waktu itu apabila sudah ada
yang keluar dari makmal kerana mereka sudah siap, sedangkan aku? Soalan pertama
pun tak siap lagi. Tapi akhirnya Berjaya siap juga ketika masa untuk ujian
tamat hanya tinggal berapa minit sahaja lagi untuk berakhir. Waktu siap-siap
untuk pulang, dapat lah pula buah tangan dari seorang kawan aku yang baru
sahaja pulang dari Korea. Hihihi. Dapat lah bermasker malam ini.
Catatan 3
Aku lupa pula hendak beritahu, sebenarnya mood aku ketika menjawab ujian makmal
tersebut agak ke laut sedikit kerana pada awal-awal itu, aku mendapat
notifikasi daripada pos laju bahawa barang pos tidak dapat dikesan. Bayangkan lah
waktu itu, aku sudah berasa risau takut-takut barang yang aku beli itu hilang
atau rosak. Aku yakin kalian boleh memahami perasaan aku ketika itu, ya lah,
siapa yang tidak berasa teruja menunggu barangan dipesan sampai tetapi
tiba-tiba sahaja dimaklumkan bahawa barang itu HILANG! Apabila habis sahaja
ujian, aku tanpa berlengah terus menelefon Pos Laju Bangi untuk mendapatkan
penjelasan pos laju Bangi. Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu, aku
dihubungi balik dan mereka memaklumkan bahawa barang aku sudah dijumpai, namun
aku diminta ke sana untuk memastikan barang itu benar-benar kepunyaan aku dan
memeriksa keadaanya. Satu hal pula untuk ke sana, Pos Laju tersebut bukan lah
dekat. Namun demi barang idaman aku, aku gagahi juga keluarkan duit tambang Grab
untuk ke sana? Nak tahu tak barang itu barang apa? Hehehe tengok lah gambar di
bawah ini.
Hmm, itu sahaja lah aku rasa kisah-kisah aku hari ini. Hari
yang agak memenatkan juga. Tak penat sangat tapi ada lah rasa penat itu sikit.
Hahaha. Baiklah jumpa lagi di entri yang seterusnya. Assalamualaikum.
hehehe,semangat untuk gaya hidup yang lebih sihat |
Comments
Post a Comment