Entri 12 : Cuti Midsem, cuti ke?

Tsk..Tsk..Tsk.
Mungkin ini adalah coretan yang paling menyedihkan bagi aku tahun ini. Di kala semua orang sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman. Aku masih lagi perlu bertugas sebagai ahli BSMM di Acara Grand Prix, Sepang International Circuit (SIC). Itu jumaat yang lalu. 

Sekarang sudah masuk hari Isnin, aku masih di kolej. Semalam, selesai sahaja program larian 10 km anjuran Fakulti aku, aku ada terfikir untuk balik ke kampung sementara cuti masih lagi berbaki lagi seminggu tapi bila memikirkan aku harus berada kembali di UKM pada hari rabu ini, aku membatalkan hasrat itu.

Sedih itu memang sedih. Siapa yang tak sedih bersendirian di kolej. Iya, aku bersendirian di sini. Aku rasa, hanya aku yang tidak balik ke kampung pada cuti mid sem ini tapi hanya di aras aku lah. Kawan-kawan aku yang lain semua sudah pulang dan yang terakhir pulang adalah pada petang tadi. 

Ini kali pertama aku tak balik masa cuti panjang. Memang menyeksakan untuk menghabiskan seminggu lebih cuti seorang diri bilik dan kolej. Hahaha. Kadang, ada juga timbul rasa seram bila tengok aras dan blok sunyi sepi dan kau hanya the only one yang ada di situ. Gila tak seram. Hahaha. Aku masih lagi mampu ketawa tapi ini ketawa dalam tangisan sahaja tsk..tsk..tsk. Nasib baik lah, tandas hanya sebelah bilik sahaja, so aku tak perlu untuk berjalan jauh-jauh di aras yang sunyi sepi semata-mata nak ke tandas.

 Oh ya, ada juga beberapa ekor kucing di aras aku ini, kadang-kadang kucing-kucing ini lah peneman aku. Oh satu lagi, lupa pula aku nak beritahu kenapa aku tak balik ke kampung cuti midsem kali ini. Sebenarnya, aku silap buat percaturan aku rasa. Macam ini ceritanya, aku daftar diri untuk bertugas BSMM pada jumaat dan sabtu memandangkan pada hari Ahad aku ada menyertai satu larian yang mana fakulti aku terlibat sebagai penganjur. Aku bukan lah seorang yang rajin berlari hahaha tapi memandangkan salah satu kursus citra aku memerlukan aku untuk lari sejauh 10 km sebagai sebahagian kriteria permakahan dan ditambah lagi dengan godaan pensyarah citra aku yang akan memberikan 10 markah bonus kepada sesiapa yang sertai larian ini, maka aku terus tergoda. Siapa yang tak akan tergoda,kan? Banyak 10 markah tu hahaha.

Lepastu hari rabu itu, aku ada latihan koir untuk pesta konvo nanti. Rasa menyesal pula sertai pertandingan koir itu tapi macam sudah terlambat untuk quit huhu. Abang yang latih koir itu siap pesan lagi macam ini "think of why you get started if you feel like quitting" lagi la den tak berani minta keluar. Apa-apa pun aku berharap cuti midsem ini cepatlah berlalu dan habis sebab aku dah rasa bosan sangat duduk seorang diri di kolej ini hahaha. Itu sahaja luahan aku pada edisi kali ini, jumpa di edisi yang datang. Cewah dah macam gaya pengacara TV pula hahaha.


Comments