Entri 26 : Self confidence


Hasil carian imej untuk self confidence

Hai dan assalamualaikum semua, hari ini aku nak mengupas topik berkenaan self confidence atau pun dalam bahasa melayu keyakinan diri. Bagi aku keyakinan diri ini memang sangat penting dalam nak menetukan hala tuju dan perjalanan hari-hari aku sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, kawan dan sebagainya. Senang cerita keyakinan diri ini penting untuk aku menjalani hari-hari aku dengan baik dan lancar tanpa ada masalah atau pun gangguan dari mana-mana faktor terutamanya keyakinan diri.
Tapi apa yang aku pelik di sini, kadang-kadang orang sekeliling ini seolah-olah tiada common sense apabila bercakap atau menyentuh perkara yang melibatkan keyakinan diri seseorang. Secara jujurnya aku percaya manusia ini tiada yang sempurna dalam dunia ini, Allah menciptakan kita untuk melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Jadi pasti akan ada perkara-perkara yang akan membuatkan keyakinan diri seseorang itu naik dan turun. Apa yang aku nak sentuh pada malam ini ialah, sikap sesetengah orang yang tiada common sense dan suka menyentuh isu yang menjatuhkan keyakinan diri seseorang.
Contohnya, aku ada seorang kawan dan dia pernah bercerita kepada aku akan sikap seorang kawan dia. Waktu itu muka dia tumbuh jerawat dan breakout dengan banyak sekali di muka. Namun apabila dia keluar, kawannya itu boleh menegur muka dia kenapa macam ini dan macam itu. Bagi orang yang positif selalu, mereka akan anggap kawannya itu seorang yang mengambil berat tetapi bagi aku NO. Ini bukan lah satu keutamaan yang perlu diambil berat. Sudah terang lagi bersuluh yang orang itu sedang mengalami break out. Sama lah juga dengan situasi yang mana sering terjadi kepada orang-orang berbadan besar atau bahasa mudahnya gemuk.
Hal ini pernah terjadi kepada aku dulu, sudah terang lagi bersuluh aku ini gemuk, kenapa perlu bertanya kenapa aku jadi gemuk dan sebagainya. Lagi-lagi bila soalan itu diajukan di hadapan orang ramai. Waktu itu aku rasa, aku ingin lari terus ke rumah sahaja. Walhal mereka tak tahu bagaimana struggle dan berusahanya orang-orang macam kami untuk kurus. Mereka tidak lihat alasan dan sebab di sebalik kenapa kami menjadi seperti itu sebaliknya mereka terus melabel kami sebagai orang yang malas bersenam dan suka makan banyak. Itu terlalu kejam bagi aku untuk menilai kami semua semata-mata dari sudut itu sahaja.
Aku meletakkan diri aku dalam situasi ini kerana aku pernah berada dalam situasi di mana tahap keyakinan diri aku jatuh menjunam sehingga takat beku. Apa lah salahnya jika aku gemuk kalian kongsikan tips bagaimana untuk kurus daripada sibuk bertanyakan aku kenapa tak jaga pemakanan.
Mungkin sesetengah orang tidak boleh menerima apa yang aku coretkan ini, namun ini ialah luahan aku dari sudut orang yang selalu menjadi mangsa keyakinan diri yang rendah. Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Cuba lah kita menjadi seorang manusia yang sentiasa waspada dan berjaga-jaga dalam mneuturkan perkataan. Tidak semua manusia itu sama, setiap orang titik kelemahan keyakinan diri mereka terletak pada tempat berbeza. Layanlah orang itu sebagaimana kita mahu diri kita dilayan. Assalamualaikum

Comments