Entri 25 : Bahana produk kosmetik lokal

Assalamualaikum dan hai semua,
Okay hari ini aku nak cerita sedikit tentant pengalaman buruk aku dengan produk kosmetik tempatan kira-kira dua tahun lepas. Aku tak akan bagi tahu produk apa yang telah aku guna tapi aku nak sesiapa yang membaca coretan aku kali ini ambil iktibar.
Biasalah remaja yang sedang membesar, kulit muka aku dulu agak teruk kerana dipenuhi dengan jerawat yang menyakitkan dan parut-parut yang kehitaman di segenap penjuru muka. Muka aku memang bermasalah. Jadi selepas SPM, aku mula berangan mahukan kulit muka yang licin ala-ala kulit epal. Cewah. Aku mula mencari dan meneroka kedai-kedai jamu untuk mencari produk kosmtetik yang boleh merawat masalah kulit jerawat aku. Dengan ilmu yang kosong dan semangat mahukan kulit yang cantik dan normal, aku pun membeli satu set penjagaan kulit muka. Nama produk tu ada empat huruf. Bermula dengan huruf T. Produk dia agak popular sebenarnya satu masa dulu. Apabila aku minta pendapat akak yang menjaga kedai jamu itu, dia mengesyorkan aku untuk mencuba produk tersebut. Mahal juga lah produk itu.
Awal-awal penggunaan produk itu, kulit aku tiada masalah siap glowing lagi kulit. Memang muka aku nampak sedikit pelik ketika itu sampai hendak keluar rumah pun malu maklumlah kulit muka lelaki yang glowing pula. Lama kelamaan, baru kesan buruk itu datang. Ia datang sedikit demi sedikit.
Mula-mula, kulit muka aku kelihatan semakin menipis dan ia disedari oleh emak aku yang terus menegur aku. Tapi aku tak lagi mengedahkannya. Selepas itu, bahagian bawah mata berdekatan kiri dan kanan hidung aku mula berasa pedih dan sakit. Bila rasa pedih tu semakin lama semakin sakit lagi-lagi sewaktu aku membasuh muka, aku mula mengambil keputusan untuk berhenti menggunakannya. Aku mula merajinkan diri men"google" berkenaan produk tersebut. Aku rasa agak terkejut juga apabila ada orang yang mengalami simptom-simptom yang sama seperti aku. Aku syak produk tersebut ada bahan kimia berbahaya.
Bila aku berhenti sahaja menggunakannya, kulit muka ditumbuhi tompok-tompok hitam yang menyebab aku malu untuk keluar rumah. Dan mungkin Allah nak tunjukkan kepada pengasas produk tersebut salah dia, beberapa bulan kemudian KKM mengeluarkan senarai produk kosmetik yang berbahaya kerana dicemari merkuri dan hydroquinone. Aku tak terkejut apabila produk tersebut turut tersenarai.
Produk itu sudah semakin senyap sekarang. Mungkin sudah tidak dijual atau sudah ditukar jenamanya. Bila pengasas produk tersebut diasak di sosial media, dia siap ingin menyaman lagi kononnya dia difitnah. Dia kata kami pakai produk dia yang palsu. Dia ingat produk dia itu jenama antarabangsa ke sampai orang nak tiru.
Jadi bagi aku, 90% produk kosmetik tempatan adalah SAMPAH. SAMPAH SEMATA-MATA. Bahana aku pakai produk itu, kulit muka aku terkena jangkitan dan alergik dan menjadi sangat sensitif berbulan-bulan lamanya. Kulit muka menjadi berair gatal dan kemerahan. Memang aku tak akan maafkan pengasas dan penjual-penjual produk sampah ini.
Namun yang nenyedihkan aku, masih ramai yang tertipu dan membeli produk-produk sampah macam ini. Jika dilihat pun produk-produk ini, terus dapat cam ia adalah produk yang sama cuma jenama dan harga yang lain. Dengan pengasas-pengasas produk yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, tak hairanlah produk kosmetik sampah ini semakin berlambak di Malaysia. SPM pun tidak lulus dengan produk yang tiada RnD, bagaimana lah mereka terfikir untuk mengeluarkan produk kosmetik sendiri.
Nasihat aku di sini, lupa kan lah produk-produk sampah seperti ini. Rajin-rajinkanlag diri untuk pergi ke farmasi, watsons atau guardian jika ingin mencari produk kosmetik bukan dengan membeli dari penjual-penjual atas talian dengan produk yang entah asal-usul dari mana. Sayangi lah kulit dan badan anda. #pesanan ikhalasdariMrTebe
Hasil carian imej untuk bahaya produk kosmetik lokal

Comments