Assalamualaikum dan hai semua,
Lama juga aku tidak aktif di blog ini. Sebab sekarang aku sedikit sibuk dengan kelas-kelas ganti. Maklumlah semester pertama ini semakin menghampiri hujungnya.
Pada hari sabtu 15/12, sebenarnya aku telah sertai satu pertandingan anjuran BSMM kolej aku iaitu Mini Pertandingan Pertolongan Cemas yang diadakan di kawasab sekitar aku sahaja.
Memandangkan aku adalah ahli BSMM, maka aku diawajibkan untuk menyertai pertandingan ini. Memang pada awalnya, aku sedikit berat hati untuk menyertai. Baru sahaja ingin berehat selepas menyertai koir, kini perlu berlatih untuk pertandingan ini pula. Tetapi itu hanyalah mainan perasaan pada awal-awal sahaja.
Sebenarnya, pertandingan ini sangat lah menyeronokkan dan jujur aku katakan, banyak perkara baru yang aku belajar dari pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu dalam hal-hal kecemasan.
Jom aku ceritakan perjalanan pertandingan ini.
Pada pukul 8 pagi, slot kawad kaki dijalankan. Biasalah, bila sudah lama tidak berkawad, memang asyik silap sahaja semasa berkawad. Bayangkan lah, aku rasa kali terakhir aku berkawad adalah ketika di tingkatan 1 dulu di sekolah dulu. Hahaha. Oh lupa pula, sebenarnya kami semua dibahagikan kepada empat kumpulan besar. Nama-nama setiap kumpulan ini pula perlu diambil dari nama tulang. Unik bukan?!
Kumpulan aku adalah kumpulan Humerus. Kalau tak tahu, pandai-pandai lah google hahaha. Slot yang kedua pula ialah combase. Waktu pertandingan itu lah, kami pertama kali didahkan dengan combase ini. Melalui slot combase ini, kami ditugaskan untuk membentangkan beberapa isu di hadapan juri. Kumpulan aku ditugaskan untuk membentangkan tentang Gaya Hidup Sihat. Nampak mudah kan? Tidak semestinya. Ahli kumpulan kami dikritik dengan gaya penyampaian yang agak membosan kan dan tiada kerjasama dalam kumpulan apabila kami hanya membiarkan ahli kumpulan kami yang terlupa bahagiannya ketika perbentangan. Kami sedar itu memang salah kami dan aku belajar satu perkara baru pada hari perbentangan itu.
Slot yang seterusnya ialah slot balutan dan rawatan. Ini adalah slot yang aku agak takut kerana slot ini menguji kemampuan setiap ahli kumpulan untuk memberi rawatan kepada mangsa kecederaan seorang demi seorang. Apa yang aku takutkan bukan lah dari segi balutan itu tetapi lebih kepada situasi yang aku perlu hadapi ketika hendak merawat mangsa. Hahaha. Aku ada juga silap sebenarnya ketika merawat mangsa. Puncanya, aku tidak berupaya mengawal mangsa yang menjerit-jerit dan hilang kawalan.
Slot terakhir ini bagi aku adalah yang paling menarik dan mendebarkan. Slot terakhit ini dinama kan slot Mock Case. Slot ini paling mencabar kerana kami perlu turun dan merawat mangsa yang kecederaan akibat bencana. Situasi yang dilakonkan amatlah hampir sama dengan situasi sebenar dengan teknik make up yang menyerlahkan lagi rupa luka dan darah. Waktu pertandingan itu, telah berlaku satu rompakan dan kami mengikut kumpulan yang telah ditetapakan perlu turun untuk membantu mangsa-mangsa. Bagi aku jika ini betul-betul terjadi pada masa hadapan, ia bukan lah satu perkara yang ringan dan biasa kerana jika terjadi perkara sebegini, nyawa mangsa dan penyelamat BSMM juga sebenarya juga ibarat telur di hujung tanduk sahaja. Kerana apa? Kerana ketika aku sedang merawat mangsa, aku sendiri telah ditembak oleh penjenayah kerana leka dan tidak mengikut SOP rawatan yang telah diajar.
Kesimpulannya, orang banyak melihat BSMM ini sebagai persatuan yang tidak lah segah persatuan atau badan beruniform lain tetapi bagi aku lain. Bagi aku, badan ini lah yang akan ada setiap kali ada majlis atau acara dan sedia memberi rawatan segera jika terdapat apa-apa kecederaan.
Jom tengok gambar-gambar sewaktu pertandingan semalam

Comments
Post a Comment