Entri 21 : Pendosa Tanpa Noktah

Assalamualaikun dan hai semua.
Kita bukan maksum untuk bebas dari melakukan dosa dalam kehidupan seharian.

Aku, kau dan kita semua tidak akan pernah terlepas dari dosa walaupun ia nya adalah sekecil-kecil zarah. Hari silih berganti, aku rasa banyak yang terlalu berubah termasuklah diri aku dan manusia sekeliling aku.

Aku seolah-olah kini semakin lalai dan jauh dari setiap tujuan utama aku diciptakan. Hari-hari 24 jam tujuh hari seminggu, aku isikan dengan perkara tidak bermanfaat. Masa aku habiskan dengan perkara tidak bermanfaat,tidak dalam pelajaran dan tidak dalam ibadat. Lekanya aku. Sibuknya aku. Entah apa yang disibukkan aku sendiri tidak mengerti. Tugasan-tugasan masih aku tangguhkan.

Dosa?Aku,kau dan kita aku yakin kadang-kadang mengambil remeh tentang hal ini. Jika tidak kau, mungkin aku seorang sahaja. Membiarkan diri terus melakukan kitaran sama seperti hari ini pada esoknya. Seolah-olah setiap peringatan balasan buruk ke atas pendosa dari Tuhan itu jauh lagi.

Orang lain juga banyak berubah, tapi mungkin ini mainan perasaan atau ilusi mata aku sahaja. Sering kali juga aku terasa dengan tindak tanduk mereka. Tapi tak mengapalah, siapa aku menagih maaf dari mereka. Mungkin mereka tidak sengaja.

Aku kau dan kita sama-sama pendosa. Jika tidak, masakan kadang-kadang kata-kata cacian mu mampu menghiris hati ku dan kata-kata aku juga sedemikian kesannya terhadap kau. Bukan kah itu dosa?

Bagi aku, banyak dosa yang kita lakukan adalah kerana lidah dan mulut kita sendiri.
Lidah yang lenbut dan tidak bertulang ini rupanya kita guna untuk menghasilkan dosa yang entah banyak mana sudah tertimbun.

Kadang kita tidak menyakiti mereka dengan kata-kata yang tajam di hadapan mereka. Namun, di belakang, segala keburukan mereka kita keluarkan. Parahnya lagi, kita sebarkan ia dengan ditambah perasa dusta dan nista. Atas ingin menjaga hatinya, kita sakiti mereka di belakang. Kenapa tidak sahaja berterus terang di hadapan mereka? Bukan kah itu lebih baik.

Ini hanya lah luahan hati aku si pendosa yang selalu berharap untuk mengelakkan diri dari melakukan dosa lagi. Ini fitrah. Manusia mana yang ingin hidup dalam dosa dan manusia mana yang tidak bercitakan syurga?

Assalamualaikum

Comments