Entri 19 : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Hai assalamualaikum semua,
Dalam banyak-banyak entri yang aku tulis, aku terlupa pula untuk menceritakan serba sedikit latar belakang kursus pengajian aku di UKM. Hahaha, ini memang lupa yang dahsyat sebab dalam aku gigih menulis dan memuat naik diari dan pengalaman aku di UKM, aku tertinggal tentang hal ini

Baiklah untuk pengetahuan semua, saya kini menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan dan semestinya di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.

Dan kisah aku dalam memilih bidang ini juga sangat lah berliku ibarat ular kena palu. Hahaha. Betul, bukan mudah sebenarnya sewaktu aku perlu memilih bidang untuk degree ini, banyak cabaran yang aku perlu tempuh.

Cabaran yang aku rasa paling utama sekali ialah, persepsi. Ia, persepsi orang sekeliling ini memang cabaran yang aku rasa setiap orang yang macam aku perlu hadapi lebih-lebih lagi apabila satu keputusan kita tidak selari dengan apa yang orang sekeliling inginkan dan harapkan.

Siapa orang sekeliling itu? Bagi aku mereka adalah keluarga aku sendiri. Aku tak menyalah kan mereka, aku sentiasa hormat pandangan mereka kerana mereka ialah orang yang paling rapat dengan aku. Jom aku cerita sedikit latar belakang akademik aku.

Aku bukan lah seorang pelajar genius atau pintar, sebaliknya aku ini seorang yang sangat lembap. Hahaha. Buktinya dulu, kalau satu tingkatan ada seratus pelajar, aku adalah antara pelajar yang sepuluh terakhir. Cuma aku seorang yang bekerja keras, ia lah, bila kau seorang yang bukan gifted, itu sahaja cara terbaik untuk berjaya. Bekerja keras.

Jadi bila sudah dapat kesedaran itu, aku belajar bersungguh-sungguh sampai lah aku mendapat keputusan semua A dalam SPM aku. Aku sebelum ini mengambil aliran sains tulen. Dan bila habis sahaja SPM, aku memohon satu biasiswa iaitu di bawah Yayasan Peneraju namun atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa menolak tawaran itu.

Sewaktu proses permohonan fakulti selepas habis sahaja program pra-universiti, aku terus bertekad untuk memohon Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam Ijazah Sarjana MudaPentadbiran Perniagaan. Oh ya, di UKM, Ijazah sarjana muda perakaunan hanya dapat diambil pada tahun ke-2. Dan ini adalah sebab utama kenapa aku memilih ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan ini, sebabnya adalah untuk masuk ke bidang perakaunan.

Tapi untuk membuat majoring dalam bidang perakaunan, ada beberapa syarat-syarat dan keperluan. Antaranya, pointer sebolehnya kena dapatkan di atas 3.5 ke atas serta mendapat gred A untuk subjek Prinsip Perakaunan yang merupakan Citra Wajib fakulti dan wajib diambil oleh semua pelajar di fakulti tersebut.

Ketika mendapat tawaran dalam ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan ini, tak semua orang menerima keputusan ini seperti mana aku menerimanya iaitu dengan hati yang terbuka. Ada juga suara-suara sumbang yang memperlekehkan pilihan aku dengan ayat-ayat sindiran "Orang malas belajar sahaja, ambil bisnes" "Buat apa penat-penat belajar sains kalau nak ambil bisnes dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, tanpa mengambil kira pandangan dan persepsi orang lain, aku dengan berkat sokongan kedua ibu bapa tetap melangkah ke UKM ini dan berbangga menjadi mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan jika ada rezeki bakal bergelar mahasiswa Ijazah Sarjan Muda Perakaunan. Doakan aku agar tidak malas dan berjaya semua. Terima kasih

Comments

  1. salam admin kalau saya dapat tawaran untuk kos ini apakah kerjaya yang akan saya dapat selepas habis belajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum bole saya tau bidang kerjaya untuk course ni ?

      Delete
  2. Assalamualaikum admin, kalau org tu tade basic account boleh ke nk mohon course ni?

    ReplyDelete
  3. Hi, boleh sy tahu berapa paper anddd name of the paper yg kena ambik dlm bidang ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum admin, saya nak tanya kalau cgpa saya 3.66 lepas tak untuk amik kos ni? Saya lepasan diploma

    ReplyDelete

Post a Comment