Entri 18 : Pulang

Setelah hampir 4 hari lebih berada di kampung, tiba lah masa untuk aku pulang ke tempat asal (sementara waktu sahaja :) yakni UKM.
Berat juga rasa hati nak balik ke UKM semula ini, maklumlah 4 hari memang tak akan cukup untuk aku luangkan masa dengan mak ayah. Tak sempat nak membawang dengan mak. Tak sempat lagi kena marah dengan ayah.
Apa-apa pun alhamdulillah dapat lah juga bertentang mata dengan mak ayah sebelum aku mengahadapi peperiksaan final untuk semester ini. Sempat aku pedan dekat mak untuk doakan aku. Hehehe. Doa ibu kan sangat makbul.
Aku sekarang tengah atas bas menuju pulang ke UKM. Nak naik bas ini pun dah banyak masalah yang aku hadapi. Hahaha. Aku bukan complaining, cuma nak ceritakan. I myself even do not  take all these seriously although it might be nightmare for some people.
Cerita dia macam ini, lepas sahaja abang aku hantar aku ke Terminal Bas Gua Musang, aku pun duduk lah menunggu bas. Ah, cliche kan? Hahaha. Aku pergi solat asar dulu memandangkan jam hampir menunjukkan pukul 5 petang. Maka, usai sahaja aku solat, aku pergi sebentar ke tempat menunggu dan beli waffle. Bau waffle sangat mengancam. Oh ya, waffle tu Nelson's punya kedai. Ala, kedai yang jual jagung. Nak review tentang waffle dia kejap boleh tak? Hehehe. Bau batter waffle tu sangat mengancam, tapi aku sedikit kecewa sebab bila sudah makan, tekstur dia sedikit mengecewakan. Huk huk. Selalu kan apabila kita beli waffle, teksturnya lebih rangup, tetapi yang ini macam terlebih mentega sahaja. Hahaha. Teksturnya lembik dan padat dan mudah hancur ala-ala kek macam itu. Bagi aku, aku tak menggemari tekstur waffle yang seperti itu. Okey, sudah!
Berbalik kepada cerita asal aku, usai sahaja aku beli wafel, aku pun pergi ke toilet sebentar takut-takut bas akan tiba memandangkan sudah hampir jam 5.30 petang yang mana waktu bas sepatutnya sampai.
Aku pun letak lah telefon di dalam poket seluar. Tetapi ketika itu, aku sudah terfikir, sangat berkemungkinan tinggi telefon ini boleh jatuh ke dalam mangkuk tandas sebab waktu aku mula-mula sampai di terminal itu, aku sudah ke tandas terlebih dahulu. Yang ini kiranya adalah kali kedua aku ke tandas.
Sedang aku terfikir perkara itu, zupppp. Sekelip mata telefon aku telah berada dalam mangkuk tandas. Ya Allah perasaaan aku ketika itu, memang terkejut. Alhamdulillah lubang itu tidak lah dalam sangat.
Mahu tidak mahu, terpaksa lah aku mengorbankan sebelah tangan aku bagi mengambil telefon aku. Waktu itu, memang aku sudah tidak fikir kotor atau tidak. Yang penting telefon aku selamat. Dapat sahaja telefon it, terus aku bilas-bilasnya dengan air. Alhamdulillah, telefon itu masih berfungsi dengan elok. Huhuhu
Pengalaman ini kali pertama berlaku kepada aku. Mujurlah, aku bijak menyelesaikan masalah ketika itu. Bijak ke aku? Hahaha. Apa-apa pun, aku berharap tiada lagi kejadian seperti ini menimpa aku bila pulang ke kampung nanti. Trauma pula rasa bila teringatkan kejadian itu. Hahaha.

Comments