Entri 16 : Selamat Ulang Tahun ke 2 STAROBA tahun 2016

Hari demi hari berlalu hingga langsung tak teringat bahawa tarikh ini iaitu 1Disember merupakan tarikh di mana secara rasminya aku bergelar bekas
pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali Staroba (Star Old boys Association).

Aku nak cerita aku sangat bangga kerana pernah menjadi seorang pelajar di situ. Jujur aku katakan, di sana lah sekolah yang paling aku sayang dan paling berat untuk aku tinggalkan. Perasaan itu masih ada hingga ke hari ini walaupun sudah 2 tahun aku tinggalknnya.

Hari ini sedang asyik aku membelek status di whatsapp, masing-masing rakan aku di STAR dulu memuat naik gambar-gambar kenangan lama di STAR. Perasaan rindu, sedih dan kecewa datang silih berganti. Aku rindu akan sekolah lama aku, rindu akan teman-teman aku yang siang dan malam bersama tika susah dan senang.

Aku sedih bila mengenangkan diri aku sekarang dan ketika aku menuntut di sana seolah-olah sudah menjadi dua individu yang asing. Dan aku kecewa kerana, ramai yang sudah seolah-olah lupa dan melupakan antara satu sama lain apabila berada di tempat orang.

Aku tak lama pun di belajar di sana. Kira-kita dua tahun sahaja kerana aku mendaftarkan diri ketika di tingkatan 4. Namun, meski hanya dua tahun, terlalu banyak kenangan yang tercipta di sana yang sehingga kini masih kukuh tersemat di hati aku. Betul lah, bila dulu sewaktu aku masih seorang pelajar, selalu aku lihat bekas-bekas pelajar dari muda hingga ke tua tiap-tiap tahun akan kembali ke sekolah melalui satu program yang dinamakan Old Boys' Weekend.

Rupanya bonding itu sangat kuat walaupun usia sudah senja. STAR tidak dinafikan antara sekolah yang gah dan terkenal dalam kalangan sekolah-sekolah berasrama penuh dan berprestasi tinggi. Pergi lah ke mana timur,barat,utara atau selatan, sebut sahaja Star, semua orang pasti akan tahu. Namun bukan itu yang membuatkan aku bangga menjadi budak star, tetapi nilai yang aku peroleh di sana membuatkan aku bangga sehingga ke hari ini.

Istimewanya STAR bukan terletak atas nama atau pencapaiannya, istimewanya ia bermula di saat penubuhan pertamanya lagi. Itu lah satu-satu nya sekolah menengah untuk orang Melayu yang ditubuhkan. Di saat, hanya golongan elit dan bangsawan sahaja yang berpeluang bersekolah suatu ketika dahulu, kaum-kaum melayu lain terutama yang di luar bandar masih belum mendapat sistem pendidikan yang baik. Di situlah, lahirnya ilham untuk menubuhkan STAR. The first malay secondary school in malaya onece upon a time.

Tahun penubuhannya juga sangat istimewa kerana jatuh pada tahun negara ini mencapai kemerdekaan iaitu pada 1957. Iya, ini lah yang membuatkan semangat aku berkobar-kobar sewaktu aku menuntut di sana. Namun, hari demi hari sinar dan semangat itu aku perasan semakin malap dalam diri aku.

Comments