Hati manusia sentiasa di penuhi rasa was-was dan ragu-ragu terutamanya apabila perlu membuat satu keputusan yang besar. Keputusan yang orang kata "buat keputusan betul-betul, jangan buat keputusan salah". Itu semua betul tiada salahnya.
Bagi aku, tidak pernah wujud salah dalam buat keputusan apabila melibatkan pilihan yang baik. Bukan pilihan antara perkara jahat dan baik okay! Kalau yang itu, mesti lah kita wajib pilih yang baik biar pun terpaksa.
Aku kecilkan konteks dalam kita memilih kos apa kita ingin sambung bila ke universiti nanti.
Andai kita pilih A, sedarlah itu lah yang terbaik bagi kita. Walaupun, dalam pertengahan jalan, kita rasa itu keputusan yang salah dan menyesal memilihnya. Jika kita menyesal, kita salah sama sekali! Tiada erti penyesalan dan kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan dalam hidup kita. Sedangkan Tuhan Maha Mengampuni andai kita tersilap jalan.
Apa yang kita perlu buat bila berhadapan dengan situasi itu, just carry on. Kita manusia, kita hamba-Nya. Pasti ada jalan biarpun jalan itu berliku.
Lagi satu, jika kita mempunyai satu impian yang amat kita ingin kan. Namun,situasi dan keadaan kita sekarang tidak kelihatan seperti kita akan gapainya. Apa kita perlu buat, jangan berhenti bermimpi. Lambat laun jika azam dan doa kita titipkan setiap hari, pasti akan kita dapat gapainya biarpun impian untuk jadi seorang doktor namun terpaksa menuntut dalam jurusan lain. Mungkin kita tersilap dulu, malas belajar dan sebagainya, namun ingat TIADA KESILAPAN YANG TAK BOLEH DIPERBETULKAN.
Jujurnya, susah kita nak ungkapkan apa kita rasa dan fikir dalam penulisan yang semua orang mampu faham. Jadi, kalau sesiapa yang tak faham entri kali ini, aku minta maaf. Hehe. Sumimasen. "andai kau menjadi aku, kau akan mengerti". :')
Comments
Post a Comment