Entri 13 : Mr Tebe be'koir' pula!

Hai assalamualaikum semua,
Wah, nampaknya berbaloi pengorbanan aku tak balik cuti midsem. Hahaha. Dalam entri sebelum ini, aku kan beritahu yang aku tak balik cuti mid sem kali ini sebab jadual latihan koir yang padat.

Macam biasalah, bila sebut nama Kolej Aminuddin Baki, siapa saja yang tak kenal. Kolej ini antara kolej yang suka membolot kemenangan setiap pertadingan yang diadakan dan digeruni oleh kolej-kolej lain tak kira lah dalam sukan atau pun kebudayaan. Dulu hanya dengar-dengar sahaja, kini bila masuk ke sini baru aku percaya yang ia sememangnya betul.

Alhamdulillah, kolej aminuddin baki berjaya mendapat tempat Naib Johan untuk pertadingan koir sewaktu pesta konvo hari itu. Walaupun tempat ke-2, tak sangkan persembahan kami berjaya menghiburkan para tetamu yang tak kering gusi melihat keletah dan gaya kami di atas pentas. Dan yang paling tak dijangka, KAB berjaya membolot tiga daripada lima anugerah. Hahaha. Kami berjaya mendapat anugerah khas juri iaitu persembahan terbaik, anugerah busana terbaik dan anugerah konduktor terbaik. KAB memang terbaikkk.

Sebenarnya, kami tak jangka untuk menang pada malam itu lebih-lebih lagi untuk naib johan kerana sebenarnya kami kekurangan wakil yang mempunyai vokal kelpelbagaian vokal. Itu masalah kami di situ. Lagipun,rata-rata yang menyertai koir ini terdiri dari yang tak pernah menyertai pertandingan koir. Contohnya, macam aku lah. Hahaha.

Aku ingat lagi, ada satu malam itu, kami teruk kena marah sebab gagal lagi untuk buat part masing-masing dengan baik walaupun sudah berhari-hari praktis sampai ke tahap untuk tarik diri daripa pertandingan itu. Tapi aku tahu, itu hanya sandiwara sahaja. Heheh. Mana mungkin KAB akan menarik diri. Selepas dimarahi,dinasihati dan sebagainya, malam itu menjadi titik permulaan kami semua untuk berlatih bersungguh-sungguh lagi.

Antara tips yang KAB amalkan untuk menang adalah dengan berlatih sampai bonggah. Bonggah itu antara perkataan yang kami selalu guna dekat sini. Ianya sama maksud dengan mantap. Lebih kurang macam itu lah. Waktu latihan sangat-sangat lah lama, sampai kadang-kadang aku stres. Sejak aku masuk KAB ini, berat aku makin turun dari 68kg ke 65 kg dalam 3 bulan. Sob sob. Anyway, it is okay. Sebab memori itu lagi bermakna, sejak aku sertai koir ini, aku lebih kenal dengan ramai orang dan membantu mengawal sifat introvert aku. Sekurang-kurangnya rasa takut aku dengan strangers semakin berkurang. Hehehe.

So I am looking forward to participating in more competition lagi lepas ini. Perasaan untuk mencuba itu selalu ada,walaupun kadang-kadang ada rasa menyesal dan sebagainya. Hahaha. Maklumlah, remaja kan selalu macam ini. Nak tengok tak gambar-gambar kami ketika pertandingan itu? Jom!



Comments