Hai assalamualaikum semua.
Yeay, tepat jam 11 malam tadi, maka segala tugas-tugas aku sudah selesai untuk minggu ini. Fuh, memang rasa lega sangat sebab sepanjang aku di UKM selama 2 bulan lebih ini, aku rasa minggu ini minggu paling penat dan sibuk.
Sebenarnya, bukan minggu ini sahaja aku sibuk sebab minggu memenatkan aku bermula sejak minggu lepas lagi sebab aku kan join pertandingan koir untuk pesta konvo. Aku rasa aku dah cerita tentang koir itu, kalau belum baca, cuba tengok balik entri aku yang ke-14 tak silap. Hehehe. Okey, berbalik kepada cerita utama kita, haaa kenapa aku kata minggu ini paling memenatkan? Sebabnya, minggu ini lah aku ada pertandingan koir iaitu pada malam selasa lepas. Minggu ini juga lah, peperiksaan pertengahan semester diadakan. Fuh, nasib baik dua subjek sahaja iaitu Prinsip Perakaunan dan Mikroekonomi. Itu pun nyawa-nyawa ikan sahaja waktu untuk aku ulang kaji. Ini sebenarnya alasan aku, padahal masa cuti seminggu yang aku tak balik itu, tak belajar juga. Hahaha.
Minggu ini juga ialah minggu keusahawanan kolej aku iaitu KAB. Minggu keusahawanan ini adalah anjuran Biro Usahawan KAB dan ianya diadakan setiap tahun. Jadi, setiap biro-biro yang lain perlu berniaga di tapak yang telah disediakan dengan bayaran sewa. Ala, lupa pula berapa, tapi tak mahal pun. Oh dan satu lagi, kalau sesiapa nak berniaga dan nak sewa tapak pun boleh. Ia tak lah terhad untuk biro-biro atau pelajar KAB sahaja.
Aku pun tak lah hari-hari turun jaga gerai dan berniaga, maklumlah jadual padat sangat,itupun hari-hari terakhir baru berkesempatan untuk turun.
Haa lupa nak cakap, aku adalah ahli biro akademik. Kenapa biro akademik? Hehe sebab ikut kawan. Aku memang jenis suka ikut kawan, bayangkanlah waktu degree ini, kelas semua pun sama dengan kawan.
Biro aku iaitu biro akademik, kami pada asalnya nak berniaga char kuey tiaw, cendawan goreng, sengkuang calit dengan teh o ais. Tapi yang aku perasan, yang dijual hanyalah char kuey tiaw, cendawan goreng dan teh o ais sahaja. Sengkuangnya mana? Entah lah, lupa pula nak tanya. Sengkuang tak tumbuh lagi mungkin hahaha.
Memang sangat meriah minggu keusahawanan ini, masa ini lah semua orang dapat belajar serba sedikit ilmu berniaga dan juga skil-skil nak tingkatkan tahap keyakinan. Iyalah, kena lah ada keyakinan yang tinggi untuk jerit-jerit mempromosikan gerai kau,kalau tak susah lah nak capai target jualan.
Macam-macam lah makanan yang dijual masa ini, tapi aku tak beli banyak pun. Jimat-jimat hehe sebab semua menu yang dijual pun boleh tahan harganya hahaha. The best seller dekat gerai kami sudah tentu lah cendawan goreng celup tepung. Memang sedap, aku ada lah beli sekali cuma aku tak berapa mampu tahan dengan tahap pedas cendawan itu. Sob sob. Lepas makan cendawan itu, esok harinya boleh perut aku meragam. Sudahlah waktu itu ada ujian mikroekonomi. Haish.
Makanan lain? Hehe makanan lain aku tak cuba macam char kuey tiaw dan teh o ais. Sebabnya, yang pertama char kuey tiaw itu makanan yang agak berkalori tinggi dan tej o ais minuman bergula. Aku kalau boleh memang nak elakkan lah dari makan. Bukan mengada okey. Cuma aku dah terbiasa macam ini. Hehe.
Boleh tahan banyak juga lah untung jualan gerai aku. Duit untung itu pula,kami akan gunakan untuk sesi bonding antara ahli-ahki biro nanti. Wah! Memang tak sabar!. Hehe, tempat kami tak bincang lagi tapi tungulah entri yang seterusnya, okey? Nanti aku akan ceritakan,ke mana destinasi percutian kami. Selamat malam semua.

Comments
Post a Comment