Entri 15 : Outing Day !!!

Assalamualaikum dan hai semua.
Aku sebenarnya sudah rasa mengantuk ini. Menaip pun sambil baring atas katil tunggu mata terpejam hahaha. Hari ini penat sikit sebab baru je balik dari The Mines Serdang. Hari ini kononnya macam boys' outing day lah sebab habis sahaja kelas tadi, aku terus cepat-cepat siap untuk ke Mines.

Sebenarnya kan, aku memang dah lama sangat tak keluar pergi mana-mana. Yelah, dengan jadual dan minggu yang penat dan padat, mana ada masa sangat nak keluar. Hehe lagi satu sebabnya adalah, aku sebenarnya boleh jimat duit kalau tak keluar. Maklumlah, aku bukan lah orang senang hampir tiap minggu nak keluar bershopping sakan. Hahaha.

Tadi waktu aku dengan kawan-kawan keluar, kami sempat tengok satu wayang ini, tajuk dia macam ini "Wreck It Raplh". Macam cerita kartun lah. Tapi aku bukan suka sangat tengok kartun-kartun ini dekat wayang, ingat tadi nak tengok wayang Fantastic Beasts yang sekuel kedua. Maklumlah peminat Harry Potter sejati, alih-alih kena kejar masa pula sebab kawan aku ada hal, kena balik sebelum pukul 8 malam.

Ermm, not bad lah cerita kartun itu. Aku rasa itu antara siri kartun yang popular juga sebenarnya, cuma mungkin hanya aku yang tak begitu mengenalinya huhuhu.

Oh lagi satu, tadi kali pertama aku berpeluang makan oden dan ais krim Family Mart yang viral itu. Itu pun, sebab kawan-kawan yang ajak. Kalau aku seorang, simpang malaikat 44 aku nak masuk kedai itu. Bagi aku, kuah oden dia memang sedap. Sedappp sangat, hahaha baru sahaja makan aku rasa sudah mengidam balik.
Ini oden yang aku pilih dan beli tadi
Memang setiap kali keluar Mines lepas ini, oden ini akan jadi menu wajib aku. 
Ais krim lupa nama dia apa
Jangan tanya aku apa nama bebola dengan ais krim semua itu, sebab aku tak ingat. Pelik-pelik nama nya. Mana mahu aku ingat. Tapi bagi aku, ais krik itu memang sedap. Ada campuran keju dalam ais krim itu, jadi dia rasa lemak-lemak. Kuantiti pun banyak, so memang kenyang dan puas hati kalau beli pun. Harga pun okey lah, masih mampu beli lagi kalau sekadr untuk rasa dan alas perut. Kalau nak kenyang, aku rasa lebih baik pergi KFC order set dinner plate. Hahaha.

Jadi, itu sahaja kisah aku hari ini. Jumpa dia entri akan datang. Assalamualaikum semua.


Comments