Hai salam semua,
Haaa... kalian mesti baca entri ini sebab tengok tajuk itu kan? Hehehe, click bait betulkan tajuk kali ini. Okay, hari ini aku nak tulis satu entri bagaimana aku turunkan berat aku dalam masa 2 bulan.
Kisahnya bermula macam ini, seusai pengajian semester aku di satu pusat asasi di IPTA aku pun seperti orang lain, aku pulang lah ke kampung halaman aku yang ku rindui. Tapi ada satu yang tak sama dengan orang lain iaitu kekerapan dan selera makan aku semakin menjadi-jadi. Mungkin ini disebabkan faktor rindu akan masakan ibu. Ya lah, aku jarang sekali pulang ke kampung kerana jarak antara IPTA ini yang agak jauh.
Berbalik kepada cerita asal, waktu cuti itu jatuh pada bulan puasa. Bila tiba puasa mesti lah makanan pun meriah-meriah. Aku bila berbuka puasa seolah-olah bukan lagi gaya orang berpuasa sehari tapi sudah seperti dua tiga hari tak makan. Aku akan melantak hingga ke tahap maksima perut aku dapat tampung. Arghh teruknya. Sehinggalah satu hari, aku perasan perut aku semakin terkehadapan seperti lori yang muatannya terlebih panjang. Hahaha. Berat aku pun ketika itu naik mendadak sehingga 80kg. Seumur hidup aku, rasanya belum pernah berat aku naik sehingga itu.
Aku ingat lagi aku tekad untuk menurunkan berat badan pada hari kedua raya puasa. Aku makan sepuas-puasnya pada hari raya pertama itu dan berazam untuk memulakan fasa diet aku bermuala pada keesokan harinya. Aku boleh katakan, pengalaman ini adalah sangat mencabar kerana aku terpaksa bergelut dengan gelora nafsu makan aku yang tak pernah-pernah aku cuba untuk jinakkan. Nafsu makan aku memang buas sekali ibarat harimau kelaparan, aummm!.
Alhamdulillah, aku boleh mengawal nafsu makan sedikit demi sedikit walaupun kadang terbabas juga hehehe. It takes time, okay. Okay jom aku senaraikan apa yang aku buat untuk bantu turunkan berta berlebihan aku.
Untuk turunkan berat badan ini, perkara yang paling penting kita lakukan ialah dengan jaga dan kawal pemakanan kita. Kita mesti tahu berapa keperluan kalori harian kita. Contohnya, jika kalori harian kita ialah 2000 Kcal untuk kekalkan berat, jadi kita perlu pastikan kita makan kurang dari 2000. Ini penting kawan-kawan. Take Note, ya!
Next, aku totally avoid makanan segera, gula,makanan berminyak, dan karbohidrat yang berlebihan dalam diet aku. Susah ke? Haah, sangat susah untuk mungkin dua atau tiga minggu yang pertama, tapi selepas itu, kau akan biasa dan badan kau akan adapt dengan changes ini. Sampai sekarang aku tak minum minuman bergula, kalau minum pun mungkin sebab aku tak jumpa air masak, tapi aku sendiri akan rasa tak nak minum air manis. Bagi aku air manis itu bukan lagi satu minuman yang sedap. Senang cerita, air manis sudah jadi tidak sedap lagi di lidah ku. Hehehe. Badan kau akan belajar menerima perubahan, dan lama kelamaan, kau akan terbiasa. Cuba lah!
Di samping kita sibuk jaga diet makan sahaja, kita pun perlulah juga turun bersenam untuk membantu lagi proses penurunan berat badan kita. Masa aku diet dulu, aku sudah tetapkan berapa kilogram yang aku nak turunkan dalam dua bulan. Ya, aku tetapkan target. Ini pun sangat penting, jadi kau akan buat ia dengan lebih bersemangat sebab ia sudah berobjekti. Jadi dulu, aku target untuk turunkan 10 kg dalam dua bulan and yeah I made it. Oh ya, berbalik kepada senaman tadi, haa cuba-cuba lah rajinkan diri buat apa-apa senaman untuk keluarkan peluh. Jangan diet tidur atau baring sahaja.
Banyak sebenarnya senaman yang aku buat, contohnya kadang-kadang aku akan pergi joging dalam jarak yang aku tetapkan. Contohnya, hari ini aku nak buat 5km, esok 6 km. Lebih kurang macam itu lah. Lepastu, aku terbaca satu artikel, tentang lompat tali. Lompat tali atau pun jumping rope
ini adalah salah satu senaman kardio yang sangat efisien dan efektif berbanding berlari atau joging. Jadi kalau nak cepat kurus, rajin-rajinlah lompat tali. Kalau tak silap aku, kalori dibakar dalam 10 minit kau lompat tali bersamaan 8 batu kau joging. Cubalah! Best sangat sebab senaman ini lebih menjimatkan masa dan kau tak perlu menggunakan ruang yang besar untuk lakukannya. Banyak lagi sebenarnya, senaman yang kau boleh buat macam Tabata, High Intensity Training. Cuba lah google atau cari di youtube dan kemudian ikut. Bersenam ini tak menyusahkan langsung tahu, tapi ia boleh mengurangkan stres, menyihatkan jantung dan macam-macam lagi. Go and give it a try, guys. Hahaha.
Okay aku rasa itu sahaja tips kurus aku, cubalah mula dari sekarang. Mula dengan target nak diet dalam dua bulan sahaja dulu, lepas itu nak teruskan, teruskan lagi. Aku percaya kau akan teruskan sebab sudah terbiasa. Nah, aku belanja gambar kedudukan negara kita dalam kalangan penduduk yang mengalami obesiti melampau. Selamat berjaya!
Comments
Post a Comment