Entri 6 : Introvert, Suka atau Duka?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua teman-teman. Apa khabar kalian semua? Okay malam ini, topik yang aku nak bincangkan ialah introvert. Biasa dengar tak term introvert ini? Mesti pernah kan?

Aku nak cakap dekat sini, aku ialah seorang yang introvert sejak bangku sekolah lagi. Mungkin sebab masa zaman aku kanak-kanak dulu, keluarga tinggal jauh dari orang kampung. Jadi lingkungan pergaulan aku dengan dunia luar agak terbatas sikit. Aku rasa mungkin itu antara penyebabnya. Hahaha.

Eeiiii,introvert ini penyakit ke?!!!

Eh! Introvert bukan penyakit lah teman-teman. Introvert ini adalah antara sifat personaliti yang wujud dalam kalangan tujuh bilion manusia dekat muka bumi Tuhan ini. Sifat personaliti ini macam-macam ada yang akan menggambarkan kecenderungan personaliti seseorang. Sebenarnya, tak susah pun nak tahu kita ini ada sifat personaliti apa sebab zaman sekarang macam-macam ujian personaliti kita boleh buat untuk uji personaliti kita. Berlambak-lambak lagi-lagi yang percuma dekat internet itu. Taip sahaja di Google, pasti ketemu. Alamak! Melalut pula.

Secara kasarnya, bagi pandangan orang-orang kebanyakan termasuk aku, sifat introvert ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang ramai, pendiam, pelik, dan bla bla. Aku pun selalu anggap diri aku macam tu juga dahulu tapi aku silap. Sebenarnya orang introvert ini,dia boleh sahaja nak bergaul dengan orang ramai tapi ruang dan masa itu ada batasnya. Contoh aku, mungkin batas aku kalau bersembang-sembang kosong mungkin hanya dalam satu jam sahaja. Habis sahaja satu jam, aku akan berasa rimas dan ingin cepat-cepat beredar.

Orang introvert ini dia adalah opposite untuk extrovert, jadi dia memerlukan masa untuk bersendiri dan menikmati dunianya sediri tanpa ada gangguan sesiapa termasuklah orang-orang yang rapat dengannay. Ya, aku sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Nanti kalian boleh lah google untuk tengok sahih ke tak kenyataan itu. Hehehe.

Hal ini memang terjadi dekat diri aku, aku akan jadi terlalu rimas bila ada orang yang nak berkepit dengan aku 24 jam. Ya Allah, rasa rimas itu buat aku macam nak terus terang dekat orang itu untuk hilang sekejap dari mata aku hahaha tapi memang mustahil lah aku akan cakap. Orang putih panggil "me-time". Lebih kurang macam itu lah tapi bagi aku, bukan oramg introvert sahaja yang perlu "me-time",orang normal pun perluka masa untuk mereka bersendiri tapi mungkin situasinya berbeza dengan kami geng-geng introvert.

Lagi satu, aku sangat sukar nak mulakan perbualan bila berjumpa atau berhadapan dengan kenalan baru. Aku memang akan krik-krik sahaja. Aku perlukan orang tersebut untuk memulakan apa-apa perbualan dulu. Okay yang ini aku tak tahu sama ada sikap orang introvert juga atau sikap aku sendiri. Tapi, bila orang tersebut mula bersembang atau berbual dengan aku, aku akan mula tunjuk perangai aku yang sebenar iaitu manusia yang suka pot pet pot pet. Mungkin ini boleh dijelaskan dengan ciri-ciri sifat introvert iaitu golongan seperti kami, memerlukan masa untuk menerima seseorang lagi-lagi orang asing ke dalam territory kami. Hehehe. Betul aku tak nafikan itu, aku bukan seseorang yang semudah a.b.c menerima orang asing ke dalam hidup aku demi menjaga dan melindungi hatiku yang rapuh ibarat keropok super ring. Tsk tsk.

Kesimpulannya, bagi aku apa pun sifat personaliti diri kalian. Kalian harus bersyukur dan menerima seadanya. Dunia ini Allah ciptakan makhluknya dengan berbagai ragam dan warnanya. Apa yang penting ialah bagaimana kita memanfaatkan semua itu untuk hari kita di dunia dan akhirat kelak.Dulu aku memandang sifat introvert aku ini sebagai satu kelemahan tapi rupa-rupanya tidak. Aku ada kelebihan aku, kalian ada kelebihan kalian. Kita hanya hamba-Nya yang saling perlu melengkapi dan berkasih sayang.

Comments