Hi assalamualaikum semua :)
Aku rasa aku belum cerita dekat kalian kos apa yang aku sambung di UKM ini. Sebenarnya aku dapat sambung dalam bidang ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Basically, kos ini ialah kos sains sosial dan aku dari tingkatan empat ialah pelajar aliran sains tulen hingga lah aku tamat program asasi di UKM. Mesti ramai tertanya kenapa aku tukar bidang dari sains tulen ke sains sosial, kan?
Okey, bahagian itu aku akan cerita nanti dalam entri yang lain sebab hari ini aku nak kongsi kisah yang lain hehe. Nak dipendekkan cerita, dalam bidang bisnes ini ada satu subjek yang aku wajib ambik iaitu pengantar pengurusan. Apa itu pengantar pengurusan? Entri seterusnya aku cerita, okey? Hahahaha.
Okey nak pendekkan lagi cerita, sebenarnya kami telah ditugaskan untuk membuat satu tugasan kumpulan bagi subjek ini dan kami perlu membentangkan hasil kerja kami di dalam kelas. Sebenarnya tugasan itu dah lama diberi, tapi biasalah manusia lagi-lagi yang macam aku suka sangat bertangguh. Orang putih sebut procrastinate. Ecece. Haha. Kami hanya mula buat tugasan itu pada malam sebelum tugasan itu perlu dibentangkan. Teruk kan? Kalian jangalah contohi kami. Tapi sebenarnya, kehidupan di universiti ini agak sibuk dengan macam-macam program. Untuk cari satu hari yang mana semua orang free itu agak payah sedikit. Mungkin hari ini kau tidak sibuk tetapi ahli kumpulan kau yang lain pula sibuk. Lebih kurang macam itu la.
Maka malam itu, kami semua duduk menghadap laptop sampai ke tengah malam sebab nak siapkan tugasan itu. Hari perbentangan itu kami tak sangka yang kumpulan kami menjadi kumpulan terbaik untuk perbentangan hahaha. Agak lucu dan terperanjat juga sebenarnya sebab itu kerja saat-saat akhir. Mungkin berkat kerjasama antara semua ahli kumpulan juga kami terpilih. Alhamdulillah.
Alang-alang itu, aku nak kongsi lah sedikit tips bagaimana untuk membuat perbentangan dengan baik. Jujurnya, aku bukan lah seorang yang pandai bercakap di khalayak ramai, nervous sampai terketar-ketar itu memang sudah biasa. Tapi mungkin tips ini sedikit sebanyak akan membantu kalian.

- Kalian perlu ada eye contact dengan pendengar. Maknanya, masa kalian sedang bercakap di depan, jangan hanya pandang komputer atau nota sahaja. Nanti pendengar cepat bosan. Ibarat kalian syok sendiri sahaja di depan itu.
- Cuba untuk berkomunikasi dengan pendengar kalian. Caranya, kalian boleh tanya soalan pada pendengar.
Okey, itu sahaja tipsnya. Klise kan? Hahaha. Kalau klise pun aku nak tulis juga. Assalamulaikum
Comments
Post a Comment