Entri 3 : CITA-CITA TERPENDAM

Assalamualaikum dan hai semua, idea nak menulis di blog ini datang lagi di waktu malam yang dingin dan sendu ini. :'). Kalian mesti ada satu cita-cita yang kalian impikan dari dulu kan? Tapi sayangnya tak semua yang kita impikan tu menjadi kenyataan. The same goes to me, dulu aku bercita-cita nak jadi seorang doktor. Bukan calang-calang tu hahaha. Minat sangat tengok drama-drama doktor dan video-video pembedahan. Kadang rasa macam ketagih dah hahaha.

Tapi itu la, impian semata semua orang boleh bermimpi. Tapi untuk menggapainya, yang masih berdiri kuat sahaja mampu. Aku awal-awal sudah tumbang. Faham tak apa maksud aku ini? Amboi rasa macam berfalsafah pula malam-malam buta ini. Jujurnya, aku tak buat sebaik mungkin ketika program persediaan aku di asasi dulu sob sob. Semua tahu kan, kelayakan untuk memohon kursus kedoktoran di universiti awam lagi-lagi ukm ini memang tinggi dan ketat.

Pendek cerita, aku tak LAYAK. Sedih memang sedih. Tapi itu la, anggap tiada rezeki. Jadi apa aku buat untuk ubat kecewa itu, aku pun sertai bulan sabit merah malaysia sebagai detachment kolej aku. Huhuhu. Sekurang-kurangnya, aku masih berpeluang untuk menuntut ilmu dalam ilmu pertolongan cemas dan perubatan yang mungkin satu hari nanti berguna kalau aku hadapi kes-kes kecemasan.

Apa pengajaran aku belajar dari sini, Allah itu sebaik-baik perancang. Jangan teeus kecewa bila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan. Kecewa sekali tiada masalah. Tapi untuk terus dan terus kecewa itu satu masalah. Mungkin Allah tahu kau tidak mampu untuk memikul tugas atau amanah yang kau inginkan, jadi Dia amanahkan kau dengan sesuatu yang kau mampu. :)

Okey la, itu sahaja entri untuk kali ini. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum

Comments