Hai Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hmm memandangkan sekarang pun dah malam, jadi aku ucap selamat malam terus lah. Habis saja menaip dekat blog ini, kita lompat atas katil terus. Hahaha. Macam mana baca tajuk untuk entri kali ini? Terkejut tak? Haaa, tak tipu okey, aku kena MENARI untuk kali pertama dalam hidup atau orang putih sebut "first time ever". Semua ini berlaku tanpa dirancang secara jujurnya.
Setiap tahun, UKM akan mengadakan pertandingan perbarisan hari Malaysia peringkat UKM. Ia ibarat satu budaya dan kemestian di UKM ini. Setiap kolej perlu menghantar wakil untuk perbarisan ini. Kebiasaanya yang paling ramai sertai perbarisan ini mestilah pelajar-pelajar tahun pertama. Maklumlah semua tengah bersemangat berebut merit kolej. Huhu dan aku tidak terkecuali. Kebanyakan orang termasuklah diri aku menyangkakan perbarisan hari Malaysia ini sejenis perbarisan melibatkan kawad ala-ala zaman sekolah dulu. Hahaha
Maka turunlah aku pada malam pertama latihan dengan harapan palsu tapi aku akhirnya hanya mampu reda saja. Aku telah diletakkan dalam kumpulan penari India dan perlu membuat tarian India untuk hari Perbarisan tersebut. Oh lupa pula, hari perbarisan tersebut diadakan pada 25 septermber 2018. Kami semua telah dipecahkan mengikut ketegori, ada tarian Melayu, Cina , borneo, pengibar bendera dan pekerja.
Lupa lagi nak beritahu, aku sebenarnya telah ditempakan di Kolej Aminuddin Baki yang semua orang tahu bahawa kolej ini amat-amatlah terkenal dengan sukan dan aktiviti kebudayaan. Sebut saja KAB semua orang akan terbayangkan atlet-atlet sahaja tinggal di sini. Yang pasti itu benar belaka kecuali aku seorang. Hahaha.
Pada tahun lepas, KAB telah menjadi johan, jadi aku dan yang lain-lain perlu untuk terus memastikan KAB terus menjadi johan. Apa yang pasti, kolej aku kolej yang paling awal memulakan sesi latihan.
SESI LATIHAN adalah sesi paling "menarik" bagi aku. Nak tahu kenapa?. Sebab masa ini lah aku perlu menyediakan mental dan fizikal yang kuat. Masa ini lah kau akan ditegur, dimarahi dan sebagainya. Pada awal, aku hampir putus asa juga. Ya lah, masakan kayu jati dapat menari liuk lentuk macam pokok pisang. Hahaha. Betul tak analogi aku itu? Tapi sebenarnya, itu semua proses pembelajaran sahaja. Biasalah tu, kalau tak dimarah dan ditegur, kau tak akan melakukan anjakan paradigma dalam diri kau. Dari segi fizikal pula, yes kau perlu jaga kesihatan dengan betul-betul dan minum banyak air sebab biasanya, latihan diadakan dari pukul 9.00 p.m hingga 1.30 a.m pagi dan hari cuti ada sesi petang iaitu pada pukul 4.00 p.m hingga 7.00 p.m. Menari sangat penat,okey dan itu sangat memotivasikan aku memandangkan aku dalam proses menurunkan berat badan.
Tapi apa yang paling penting, akriviti ini sebenarnya telah menguatkan bonding antara kami semua pelajar tahun satu dan juga senior-senior di samping menyemai rasa cinta dan semangat akan Kolej dalam diri masing-masing.
Maka setelah 7 hari 7 malam berlatih, kami telah mendapatkan ke-3 dari 13 kolej yang bertanding. Walaupun, jatuh ke tempat ke-3, tidak sedikit pun kami kecewa dan terkilan kerana moto KAB ialah kami bertanding bukan untuk menang namun jika menang itu ialah rezeki. Alhamdulillah, sangat berbaloi perngorbanan masa dan tenaga berlatih untuk perbarisan tersebut. Bayangkanlah, itu ialah kali pertama kau dapat membuat persembahan di hadpaan ribuan orang dengan bersemangat tanpa gugup langsung. Ini sesungguhnya satu pencapaian terbaru dalam hidup aku, sang Mr Tebe. Mata pun sudah layu, katil juga sudah melambai-lambai memanggil diri ini. Maka, aku tutup penulisan aku kali ini dengan gambar-gambar sewaktu hari perbarisan itu. Jom tengok!

Mr tebe, saya follower awak! Saya suka baca kehidupan awak wow
ReplyDeleteargh kau AHHAHAHAHAHAHHAA...ala kantoi la pulakkk tsk tsk tsk
Delete