Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini hati tiba-tiba tergerak hati untuk menulis dekat blog ini. Hehehehe. Okay, hari ini hari apa? Ahad, kan? Ya betul hari ahad. Jadi apa yang istimewa tentang hadi ahad ini? Jom Mr Tebe cerita, jom-jom jom heboh. Eh melalut pula dah.Hahahhaha.
Pada hari Ahad bersamaan 2 september yang lalu, maka secara rasminya aku bergelar seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas nikmat ini. Maka hari ini sudah genap 21 hari aku berada di Universiti yang terkemuka di Malaysia dan di setiap pelusuk dunia. Macam terlebih hiperbola pula ayat tu. Hahaha. Gurauan semata-mata.
Aku tidak menganggap ini sebagai satu kejayaan untuk dibanggakan. Aku sedar ini hanyalah satu permulaan dalam mengorak langkah untuk mencapai kejayaan sebenar yakni berjaya dalam melaksanakan amanah dari Allah, ibu bapa dan amanah rakyat Malaysia. Sesuai dengan sejarah penubuhan universiti ini sendiri yang tertubuh hasil dari pengorbanan dan jasa nenek moyang kita sendiri.
Hari ini hari ke-21 aku di bumi ilmu ini, jujurnya perasaaan dan emosi sudah bercampur baur. Namun perasaan teruja untuk terus menimba ilmu dan pengalaman itu mengatasi segala penat. Masih terlalu awal untuk aku berasa penat. Mungkin saja aku dalam fasa mengadaptasi suasana baru. Apa-apa pun doakan aku agar aku berjaya untuk menamatkan pengajian aku di sini dengan jaya.

![]() |
Hari pertama pendaftaran sebagai mahasiswa UKM 2018. Membawa harapan ibu dan ayah ;) |
Comments
Post a Comment