Entri 24 : Penghujung Yang Semakin Menghampiri

Assalamualaikum semua, rasa sekejap sahaja kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik, tinggal hanya beberapa minggu sebelum aku dan kesemua mahasiswa-mahasiswi UKM untuk menduduki peperiksaan akhir semester 1. Entah lah, hati ini kadang-kadang rasa sangat teruja kerana bakal bercuti tidak lama lagi. Namun terdetik juga, adakah aku sudah melakukan yang terbaik sepanjang empat bulan aku berada di UKM. Sering kali persoalan ini datang dan berputar-putar dalam minda aku mengasak diri aku untuk memberi jawapan. Aku sejujurnya masih tiada jawapan untuk persoalan itu kerana aku merasakan diri aku masih belum melunaskan segala janji-janji terhadap kedua ibu bapa aku. Janji dalam segala-galanya.
Bila dihitung balik masa dan waktu empat bulan lamanya aku di sini, rupanya masih banyak yang pincang. Masih banyak lagi untuk diperbaiki. Apa-apa pun, sebagai mahasiswa tahun pertama di UKM ini lebih-lebih lagi pada semester pertama ini, aku yakin ramai mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama yang lain merasai apa yang sedang aku rasakan. Teruja,debar dan sedih bercampur-campur untuk merasai pengalaman pertama menduduki peperiksaan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi.
Hasil carian imej untuk missing photos
Hari-hari terakhir menjelang peperiksaan ini, bukan lah suatu yang indah. Ini merupakan pesanan aku yang ikhlas kepada adik-adik aku di luar sana yang akan menjejak kan kaki ke menara gading suatu hari nanti. Minggu-minggu terakhir ini lah, kau akan berasa penat yang amat, stress yang naik turun dan emosi yang tidak menentu kerana minggu-minggu ini lah kau perlu menghantar segala tugasan, menghadiri kuliah-kuliah ganti dan sebagainya. Namun aku yakin jika kalian dapat menguruskan masa dengan baik sejak di awal-awal semester, kau tidak perlu melalui semua ini. Uruslah waktu dengan baik dan yang paling penting jangan menangguhkan apa-apa kerja sekali pun sama ada kecil atau pun besar.
Aku berharap beberapa minggu yang masih berbaki ini, aku dapat mengulang kaji dan menelaah balik segala nota-nota dan ilmu yang dipelajari sejak di awal semester lagi. Sebagai pelajar tahun pertama lebih-lebih lagi aku sebagai pelajar ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan, keputusan peperiksaan ini sangat penting untuk menentukan sama ada aku layak atau pun tidak mengambil bidang perakaunan pada tahun ke dua. Keputusan ini juga penting dalam memohon biasiswa-biasiswa utama seperti JPA. Doakan aku yang terbaik semua, sampai sekarang masih ada tugsan yang belum siap. Doakan aku. Terima kasih semua. Assalamualaikum.



Comments